Light Grafitti

Salah satu cabang baru dalam manifestasi seni khat adalah teknik fotografi yang di kenali sebagai 'Light Grafitti'. Pendekatan seperti ini memberi satu nafas segar kepada kesenian khat dalam Islam dan dalam masa yang sama turut  memberi nilai progresif kepada kesenian Islam. Walaupun terdapat perdebatan yang boleh dibangkitkan terutama dari jenis tulisan khat yang divisualkan dan persamaan imej dengan gaya seni grafiti berlatarbelakangkan hip-hop, stail ini dapat memberi panduan kepada generasi muda Muslim kepada pendekatan seni berjiwakan Islam.

Imej ihsan dari Hikarimoji

Geometri: Menvisualkan Kepercayaan

Seni visual membolehkan kita untuk memahami masyarakat lampau: literasi visual mendedahkan pelbagai perkara mengenai apa yang diperbuat oleh mereka, apa yang mereka tahu dan kepercayaan mereka. Mengkaji corak geometri yang menjadi ciri sebahagian besar seni Islam dapat memberi satu kefahaman kepada teknologi, pengetahuan saintifik dan kepercayaan masyarakat Muslim. Apresiasi kepada hubungan asas antara seni dan Islam meningkat dengan pengetahuan. Pemerhatian yang teliti terhadap ilustrasi di sini dapat memberi pengenalan kepada sistem kepercayaan dalam Islam menerusi seninya.Motif geometri memang terkenal dikalangan artis dan pereka Muslim di seluruh dunia, sepanjang masa, dan menghias setiap permukaan, sama ada lantai atau dinding, pasu atau lampu, kulit buku atau tekstil. Apabila Islam berkembang dari satu negara ke satu negara, dari satu rantau ke rantau yang lain, para artis menggabungkan kecondongan mereka kepada geometri dengan tradisi sedia ada, lalu menciptakan satu bentuk seni Islam yang baru dan tersendiri. Karya seni ini pula menyatakan logik dan aturan terkandung dalam visi Islam tentang alam semesta. (Bacaan lanjut....)

Nasir al-Mulk Mosque, Shiraz, Iran

Imej ihsan dari maryamz

Avenues Mall Mosque, Kuwait

Arkitek : Zaha Hadid

Bangunan yang masih dalam pembinaan ini dilihat membawa satu identiti baru dalam 'typology' masjid. Keluar dari kepompong bentuk tradisi kubah, tetapi masih membawa rupa menara yang membuatkan masjid ini masih dapat dikaitkan dengan visual norma fizikal sesebuah masjid. Pendekatan begini dapat digunakan bagi menguatkan pemahaman bagi pelajar-pelajar, bahawa pada peringkat dasarnya, masjid tidak ditentukan oleh bentuk fizikal tertentu. Kepelbagaian bentuk senibinanya hanya hasil dari perbezaan kewilayahan dan rantau geografi yang menjurus pula kepada perbezaan bahan binaan, kemahiran tukang dan pengaruh sosio budaya setempat. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa bentuk tradisi masjid telah menjadi satu simbol visual yang diterima secara universal dan menjadi panduan andai kita cuba mengenalpasti sesebuah masjid di satu-satu tempat.

Kaligrafi

Perkembangan seni kaligrafi dalam Islam adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah kepentingan yang diletakkan Islam terhadap Al-Quran, kitab suci yang mengandungi firman Allah kepada manusia, dimana dijanjikan balasan yang baik kepada sesiapa yang membaca dan menulisnya. Pena, sebagai simbol ilmu pengetahuan telah diberi tempat istimewa disisi Allah menerusi firmanNya yang bermaksud:

"Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan manusia melalui pena dan tulisan."

Al-Quran (96:3-5)

Ini menunjukkan bahawa tujuan kaligrafi dalam Islam bukan sekadar perhiasan, malah adalah satu bentuk ibadah dan cara memperingatiNya. 

Dipetik dari Introduction to Islamic Art oleh Rabah Saoud

Video ihsan dari Youtube.

Lawati www.hameem.co.uk untuk rujukan lanjut 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola