Imej ihsan dari wikipedia

Pengenalan

Laman sejarah ini dibangunkan sebagai rujukan kepada pelajar yang  berminat untuk mendapatkan informasi dalam topik-topik seni secara umum. Corak informasi yang dipaparkan disini tidak membincangkan sesuatu topik secara terperinci dan hanya sebagai bacaan tambahan bagi pembelajaran para pelajar dalam bidang seni dan rekabentuk. Fokus bahan juga cenderung kepada memaparkan seni berkaitan dengan rekabentuk senibina dengan sedikit penambahan dalam seni visual yang lain.

The Card Player

Artis : Paul Cézanne

Year: 1892-93

Media: Cat Minyak atas Kanvas

Paul Cézanne adalah merupakan seorang artis berbangsa Perancis yang terkenal sebagai seorang pelukis aliran Post-Impressionism. Hasil kerja beliau menjadi asas dan perintis utama kepada perubahan dari aliran Impressionism awal kurun ke 20 kepada aliran Cubism.

Post-Impressionism adalah kesinambungan dari impressionism sambil menolak batasan-batasan yang terdapat pada Impressionism.  Mereka menggunakan warna-warna terang, aplikasi lapisan cat yang tebal, strok berus yang tersendiri, dan melukis subjek yang sebenar. Dalam masa yang sama, mereka lebih cenderung untuk menitikberatkan bentuk geometri, mengeksploitasikan bentuk untuk kesan ekspresif, dan menggunakan warna luar dari kebiasaan dan secara lebih bebas.

The Card Player ini adalah satu siri lukisan catan minyak. Terdapat 5 lukisan didalam siri ini. Siri ini dianggap oleh kalangan pengkritik seni sebagai asas kepada hasil kerja Cézanne.

Lukisan di atas adalah yang terakhir di dalam siri tersebut. Apa yang membuatkan lukisan ini sebagai salah satu karya agung seni post-impressionist adalah tekad psikologi yang dipaparkan pada raut wajah pemain-pemain kad.

Lukisan ini telah menjadi lukisan yang paling mahal pernah dijual dengan harga mencecah US$250 juta. Ianya kini menjadi koleksi peribadi Keluarga Diraja Qatar yang membelinya dari seorang hartawan perkapalan Greece.

Bolehkah anda namakan lukisan yang dinilai sebagai yang paling mahal didunia dan harganya?

(Monalisa oleh Leonardo Da Vinci, harga: US$786 juta)

Bangunan L’Hemisfèric (Planetarium) 

di City Of Art and Sciences, Valencia, Sepanyol

Arkitek: Santiago Calatrava

Bangunan yang memiliki bentuk mata yang unik ini di rekabentuk oleh Santiago Calatrava dan dibuka kepada orang awam di City of Arts and Sciences pada April 1998. Bentuk globe L'Hemisferic ini yang menempatkan sebuah teater Omnimax, dilitupi oleh bumbung cengkerang berbentuk elips yang menutupinya seumpama kelopak mata. Soket mata dari konkrit pula menempatkan  'awning' aluminium memanjang yang berbeza dari segi panjang dan melipat ke atas secara kolektif, atau sebagai unit individu, untuk membentuk bumbung 'Brise-Soleil' yang dibuka secara hidraulik sepanjang paksi melengkung bentuk mata tersebut.

Gaya Calatrava dianggap sebagai gabungan antara seni kejuruteraan struktur dan seni bina. Dalam projek-projeknya, beliau meneruskan tradisi kejuruteraan Modernis Sepanyol seperti Félix Kandela, Antonio Gaudi, dan Guastavino Rafael. Namun begitu, gaya beliau juga sangat unik dan tersendiri, dan berasal daripada pelbagai kajian tentang tubuh manusia dan alam semulajadi.

Bauhaus, adalah sebuah sekolah seni yang dimulakan oleh Walter Gropius dan sekumpulan para guru di Jerman selepas berakhir perang, pada tahun 1919. Tujuannya adalah untuk mecari bentuk baru dan penyelesaian baru bagi keperluan asas dan estetika manusia. Kurikulum Bauhaus berasaskan bahan asas dan peraturan asas reka bentuk. Untuk bacaan lanjut, sila klik di pautan ini: Bauhaus Philosophy

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola